//tentenot?
Journey to UK: Last Minutes
Monday, September 12, 2016 @ 1:01 AM | 0 Comments

Last minutes.

Haha yes. Paling tepat.

Kalau pernah baca ada post on registering myself to MOCA, UiTM yall mesti macam.. eh? UK pulak. Memang semua tetiba. sangat tetiba /insert emoji whatsapp muka gelak keluar air mata/

-sambungan-

Alhamdulillah. Finally conditional offer from Cardiff University, UK :)))

Tapi sebab suka tengok gambar salji, rasa semangat nk main salji tu masih ada walau chances dia sekarang ni baru 20%.

Itu lah at first memang macam dah redho sebab time dapat conditional offer letter from Cardiff tu dah bulan May. Most of the scholarships yang boleh apply dah tutup, kebanyakannya bulan 3 gitu. Gahhhh dah rasa nak give up.

For months, aku macam buat lek je. Takda la rilek. Tempat dah secured cumanya kena dapat pointer cukup syarat. So aku kena tunggu final + complete result. At the same time, duk google scholarships mana yang available. Malangnya banyak yang dah tak available utk 2016/2017. Sedih nau aku rasa. Betul nak giveup.

One day, ntah mcm mana aku kedek2 website Cardiff University, ada ads pasal university scholarship. So agent pun suruh apply. Even tak banyak yang dia akan bagi (based on some criteria kot), aku rasa worth it to try! Ingat senang ke nak dapat scholarship unless kau betul pandai. JPA memang tak confident nak mintak. MARA dah takda scholarship, but a LOAN (agaknya) for postgraduate. Idk kalau undergrad MARA fully sponsor yang tak payah bayar balik or yang loan boleh ubah to scholarship but as far yang aku tanya adik2 degree MARA, semua cakap lepas study kena bayar balik.. which means its actually a loan.

Basically sama je la kan.

Okay sambung, so aku pun cuba cuba la mintak. Uni scholarship ni memang scholarship untuk tuition fees sahaja. Makna kata, benda benda lain macam living costs, flight tix, buku dan segala bagai kena tanggung sendiri. But, bila fikir balik. Why don’t kan? Kita try, kalau takda rezeki means takda la. Lagipun masatu aku dah macam redo. Takda rezeki, belajar kat UiTM. Tu pun rezeki jugak. Kalau dah rezeki dalam negara je kan. Maybe next time aku boleh cuba oversea lagi.

So aku pun apply. Ingat senang? Kena buat dua tiga essay okeh. Haha tak ingat essay apa tapi ada satu tu essay kenapa aku patut dapat scholarship. Macam macam aku tulis dalam tu. Aku rasa macam tulis blog. Tapi tak silap aku, ada limit word dia. Dah terlebih kena edit balik ><’

SENT.

Hari berganti hari. Time ni dh nak masuk bulan 6. dah nak hujung2, nak exam, memang sangat busy. Tak sempat nak tengok scholarship mana yang available. Kalau ada pun, untuk 2017/2018 :(((( lagi sekali aku rasa mcm dh nak give up. Cita cita nak main salji tahun ni kena postpone kot?

***

Lagi hari berganti hari berganti bulan. Interview MOCA dah pergi, final dah habis, result pun dah dapat. Scholarship? Masih senyap. Haha tak layak kot? Sapa suruh buat essay macam tulis belog padan muka diri sendiri. Tapi time ni aku bg je mini transcript cuba cuba mana tahu dapat official punya offer letter (unconditional) lagi senang nak cari loan/ scholarship kan. Walaupun aku tau time tu memang semua benda dah lambat.

Tak lama lepastu, dapat email, aku entitled for the scholarship!! Alhamdulillah seronok dia tak sangga (sangat happy) :(( aku terus bagi tahu parents, and parents mcm ok. Masa ni aku dh start kelam kabut, sebab Cardiff nak official transcript. Sumpah kelam kabut haha dah apply tapi  3-4 hari tunggu official transcript tak sampai aku dah gelisah. Terus hari khamis tu pegi shah alam. Dengan harapan jumaat tu pihak uitm tak post lagi official transcript aku.. kalau tak punoh p mari p mari. Tapi alhamdulillah, rezeki kot, sampai jumaat, UiTM belum post, tapi dah bungkus ^0^ aku rasa mcm jantung nak luruh dah bila puan kat situ cari tak transcript tak jumpa~-~

Macam mana cara nak apply atau mohon official transcript uitm? Click SINI

Satu benda dah settle. Yang tak berapa nak settle nya, Sabtu ni ada daftar UiTM. And yes, scholarship dah notified tapi untuk secured scholarship tu kena ada official offer. Transcript baru sent… offer letter belum dapat. So aku gelabah. Kalau tak register UiTM, mana tahu Cardiff buat hal taknak offer aku scholarship ke tempat ke sbb dah lambat kan bulan 9 dah pun start course 19/9 haha gila kan? I ONLY GOT TWO WEEKS.

Thats why aku ambil keputusan register UiTM dulu. Ada rezeki ada lah. First class was on Wednesday. Only class tu je before raya haji. Aku pun lepak dulu beli ticket flight balik Langkawi Rabu malam. Kononnya lepas balik kelas terus p airport. 

Tuptup, Isnin Cardiff inform dah dapat unconditional offer and terus agent suruh cepat2 buat Visa. Ya Allah serabut dia tuhan saja yang tahu hahahahaha. Eventho tak dapat lagi offer letter yang bebetul (just email notification) aku decide nak p je buat visa. Sbb visa akan ambil masa 5-7 working days untuk siap, nak tak nak everything kena settle cepat. guna priority kena bayar lebih RM840 ok. Total visa yang kena bayar dalam RM4k. Sebab mama support keputusan aku, haritu terus buat appointment visa untuk hari Rabu. 

Hari Rabu; Visa submission. Cara nak apply/ mohon student Visa ke UK? Click SINI.

Jadinya, aku tak sempat p kelas. Dan tak sempat nak quit and settle benda siap siap kat UiTM ke apa sebab nak ligan flight petang tu. And…. hari yang sama jugak dapat offer letter. Alhamdulillah.

Now tinggal nak book flight tix, settle accommodation and everything before fly.

Everything was last minutes kan?

Tapi aku percaya pada rezeki. Bila betul betul nak giveup, tetiba dapat email scholarship, dan urusan nak settle semua benda eventho kelam kabut dan serabut sikit tapi alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Ok lah. Till next time.

Doakan saya.

Adios.

Labels: , , , , ,


Journey to UK: Belajar di luar negara/ How to study in overseas?
Friday, September 9, 2016 @ 12:51 AM | 0 Comments

Halu.

Patutnya post ni dah lama post. maksud aku, benda ni ada dalam draft je. tak berani nak post sebab tak pasti lagi kan.

ok cerita dia time tu tengah intern. well biasa lah intern tak berapa ada kerja sangat. so apa kerja aku? google dan berangan. yes aku memang ada impian nak p oversea, study sana. nak kata dapat peluang tu banyak. takda la banyak. cumanya ada sekatan. ntah la, mungkin rezeki aku masih kat sini, Malaysia.

tapi that time, aku tak terfikir pun nak pergi betul2 sebenanrnya. atas dasar teringin. teringin nak main salji, ultimate wish aku tak banyak kalau panjang umur, aku nak merasa 4 musim. aku rasa kalau sesaja nak p holiday, kalau tak dengan family, kena kumpul duit sendiri. tu pun tak boleh nak merasa 4 musim, or 3 musim. musim panas tak larat rasa dah hewhew.

apa aku buat? ok now aku cerita lah sikit one of the ways yang aku guna untuk apply belajar luar negara. tp ni untuk masters or postgrad je ok. yang undergrad or postgrad doctorate aku tak tahu.

ok first, aku google2 key word "belajar luar negara" "study abroad" "malaysian study in overseas" "malaysian student abroad" and mcm mcm lagi lah. banyak blog aku baca aku search. cari scholarship lah (masa ni cari je tak apply pun sebab time tu aku berangan je). aku rasa time tu aku dah boleh jadi researcher yang berjaya tak diikhtiraf dah gitu haha

banyak lah blog aku baca contoh dia:
1. deng
2 dengdeng
3.dengdengdeng

and banyak lagi. uols boleh refer sana.

secondly, bila tetiba niat tu dh bertukar menjadi gedik, aku pun p email segala agent yang ada. info pasal agent ni jugak aku dapat dari antara belog belog di atas. thank you tuan belogs!

and masa tu, ada few companies respond.

1. Tak ingat which companies tapi aku rasa ada dua tiga mcm tu kot email mintak some personal details tapi lepastu senyap. ada jugak yang call tanya itu ini nak study mana apa semua tapi lepastu tak dgr cerita dah

2. IDP. Ni paling aku ingat haha I am not complaining but this one lady just called and asked for some details of me tapi aku tak berapa paham loghat dia bila cakap english. aku asyik suruh dia ulang. SERIOUSLY. and aku rasa that lady pun mcm 'budak ni english pun suruh ulang mcm tak qualified je' and thats the first and last aku dgr dari IDP ok sila gelak

3. EMS. I got a call from this one lady. mcm biasa lah tanya nak study apa semua. aku pun jawab mcm biasa. lepastu aku ingat, haaa ni mesti lepasni dh tak contact. so aku pun buat taktahu je la nama pun niat lepastu menggedik kan. buat kerja kat office tu mcm biasa sambil tu google scholarship oversea pulak. haaa yang ni nnt aku buat post baru. ni cerita dia sedih sikit. C:

and the next day, the EMS lady called me again asking nak study course apa and everything. ingat lagi time tu asyik keluar masuk bilik belakang sebab nak cakap phone. and the EMS lady was so nice, she even gave her personal number nk contact since aku tengah kerja kan. pilih punya pilih course, and looking at the university punya world ranking, so aku pilih Cardiff University.

next step, isi segala application, mcm kita nak apply local university lah jugak cumanya mengikut pengalaman aku apply isi masters kt sini tak payah nak kena buat segala macam essays. introduction lah study plan lah 2 recommendations letter (masa ni sangat tebal muka p mintak at random lecturer padan muka sapa suruh tak rapat dengan lecturer) lah apa benda. yang lain tu, apply mcm biasa. aku rasa sbb international student kot. oh! selain study plan, kena letak proposal jugak ok. yang ni lawak. aku google random tajuk and buat ikut research proposal yang aku pernah belajar masa part 5 dulu. cuma yang ni aku ringkaskan lagi. sebab situ pun ada limit jugak. so prepare for this jugak ok.

haaaa lagi satu, kena ada english requirement. tapi aku guna English 1119 yang kita dapat masa sekolah tu. nasib grade elok (agaknya lah) so Cardiff terima wehu. tak payah susah nak ambik IELTS yang kena bayar RM600+ tu. Kalau tak lepas requirement rugi kan.

lepastu.......... tunggu lah sampai dapat offer. tak mengharap pun actually. tapi yang bestnya, aku dapat email yang tak sepatutnya dapat. email tu ckp aku dh diterima and kena decide nak accept ke tak. eh? offer letter pun belum apa. so apa aku buat? benda2 confuse mcm ni kena lah contact agent tu hehe agent is soooo freaking helpful ok? sebab diorg boleh connect to the uni directly so kita tak payah nak call ke apa. lepastu, dh settle baru tau, nama aku dh shortlisted cumanya the admission committee belum bg offer letter. FUH rasa apa mestilah seronok. tapi esoknya tunggu takda. lusa takda. risau weh. adakah perasaan aku ni diperkotak katikkan oleh orang mat salleh? senyap je ku redho.

by that time, kan aku bagitau kat atas aku ada juga usha overseas punya scholarship kan? yes aku apply. tahap mencabar dia tu apa mencabar ni lantak lah sangat mencabar ok. sebabnya? this one tak boleh apply thru email. kena post semua. since kena post direct to the university, duit post kopak la jugak nak post document oversea woi. tapi dengan semangat kental nak p oversea, aku korban kan je la. dengan nak kena minta recomendation letter lah surat itu ini dari UiTM (since tak grad lg masatu). letih weh. tebal muka mintak boss nak keluar kejap. nasib boss baik. padahal budak intern haha sukati je. the best thing is I WAS CHOSEN by the university! seronok dia macam dah  jadi scholar dah. padahal baru lepas 1 stage. ada lagi 1 stage. lagi satu stage tu yang sedih tu. aku rasa uols pun boleh teka kot hahah eh terlebih pulak cerita. kan aku nak buat post baru pasal ni? -end

*
*
*

kat mana td?

haa Cardiff senyap. aku pun decide nk bgtau mama yang aku apply oversea and maybe dapat. mesti lah beliau syok hehe. tp aku cakap maybe je. and family semua like sokong je cuma masalah dia sekarang kalau dapat, DuIt.

time tu dah nak habis intern. masa berlalu. aku pun just follow the flow. habis intern, masuk study. wah dah part 6! ok apa jadi kat Cardiff? tunggu next post

-bersambung-

Labels: , , , , , ,



Older Post

Hello don't forget to leave your footprints on my tagboard below ❤

TYPO QUEEN, do like and follow me.



Wish List
Study abroad
Korea
BTS Concert
Meet BTS
BTS in Korea
Experienced 4 seasons
Paris

1 Online Users


Story About Addiction Bumblebee






This template was created by FaqihahHusni.
Doodle by Honey Pies
Best view in Google Chrome