//tentenot?
Journey to UK: Last Minutes
Monday, September 12, 2016 @ 1:01 AM | 0 Comments

Last minutes.

Haha yes. Paling tepat.

Kalau pernah baca ada post on registering myself to MOCA, UiTM yall mesti macam.. eh? UK pulak. Memang semua tetiba. sangat tetiba /insert emoji whatsapp muka gelak keluar air mata/

-sambungan-

Alhamdulillah. Finally conditional offer from Cardiff University, UK :)))

Tapi sebab suka tengok gambar salji, rasa semangat nk main salji tu masih ada walau chances dia sekarang ni baru 20%.

Itu lah at first memang macam dah redho sebab time dapat conditional offer letter from Cardiff tu dah bulan May. Most of the scholarships yang boleh apply dah tutup, kebanyakannya bulan 3 gitu. Gahhhh dah rasa nak give up.

For months, aku macam buat lek je. Takda la rilek. Tempat dah secured cumanya kena dapat pointer cukup syarat. So aku kena tunggu final + complete result. At the same time, duk google scholarships mana yang available. Malangnya banyak yang dah tak available utk 2016/2017. Sedih nau aku rasa. Betul nak giveup.

One day, ntah mcm mana aku kedek2 website Cardiff University, ada ads pasal university scholarship. So agent pun suruh apply. Even tak banyak yang dia akan bagi (based on some criteria kot), aku rasa worth it to try! Ingat senang ke nak dapat scholarship unless kau betul pandai. JPA memang tak confident nak mintak. MARA dah takda scholarship, but a LOAN (agaknya) for postgraduate. Idk kalau undergrad MARA fully sponsor yang tak payah bayar balik or yang loan boleh ubah to scholarship but as far yang aku tanya adik2 degree MARA, semua cakap lepas study kena bayar balik.. which means its actually a loan.

Basically sama je la kan.

Okay sambung, so aku pun cuba cuba la mintak. Uni scholarship ni memang scholarship untuk tuition fees sahaja. Makna kata, benda benda lain macam living costs, flight tix, buku dan segala bagai kena tanggung sendiri. But, bila fikir balik. Why don’t kan? Kita try, kalau takda rezeki means takda la. Lagipun masatu aku dah macam redo. Takda rezeki, belajar kat UiTM. Tu pun rezeki jugak. Kalau dah rezeki dalam negara je kan. Maybe next time aku boleh cuba oversea lagi.

So aku pun apply. Ingat senang? Kena buat dua tiga essay okeh. Haha tak ingat essay apa tapi ada satu tu essay kenapa aku patut dapat scholarship. Macam macam aku tulis dalam tu. Aku rasa macam tulis blog. Tapi tak silap aku, ada limit word dia. Dah terlebih kena edit balik ><’

SENT.

Hari berganti hari. Time ni dh nak masuk bulan 6. dah nak hujung2, nak exam, memang sangat busy. Tak sempat nak tengok scholarship mana yang available. Kalau ada pun, untuk 2017/2018 :(((( lagi sekali aku rasa mcm dh nak give up. Cita cita nak main salji tahun ni kena postpone kot?

***

Lagi hari berganti hari berganti bulan. Interview MOCA dah pergi, final dah habis, result pun dah dapat. Scholarship? Masih senyap. Haha tak layak kot? Sapa suruh buat essay macam tulis belog padan muka diri sendiri. Tapi time ni aku bg je mini transcript cuba cuba mana tahu dapat official punya offer letter (unconditional) lagi senang nak cari loan/ scholarship kan. Walaupun aku tau time tu memang semua benda dah lambat.

Tak lama lepastu, dapat email, aku entitled for the scholarship!! Alhamdulillah seronok dia tak sangga (sangat happy) :(( aku terus bagi tahu parents, and parents mcm ok. Masa ni aku dh start kelam kabut, sebab Cardiff nak official transcript. Sumpah kelam kabut haha dah apply tapi  3-4 hari tunggu official transcript tak sampai aku dah gelisah. Terus hari khamis tu pegi shah alam. Dengan harapan jumaat tu pihak uitm tak post lagi official transcript aku.. kalau tak punoh p mari p mari. Tapi alhamdulillah, rezeki kot, sampai jumaat, UiTM belum post, tapi dah bungkus ^0^ aku rasa mcm jantung nak luruh dah bila puan kat situ cari tak transcript tak jumpa~-~

Macam mana cara nak apply atau mohon official transcript uitm? Click SINI

Satu benda dah settle. Yang tak berapa nak settle nya, Sabtu ni ada daftar UiTM. And yes, scholarship dah notified tapi untuk secured scholarship tu kena ada official offer. Transcript baru sent… offer letter belum dapat. So aku gelabah. Kalau tak register UiTM, mana tahu Cardiff buat hal taknak offer aku scholarship ke tempat ke sbb dah lambat kan bulan 9 dah pun start course 19/9 haha gila kan? I ONLY GOT TWO WEEKS.

Thats why aku ambil keputusan register UiTM dulu. Ada rezeki ada lah. First class was on Wednesday. Only class tu je before raya haji. Aku pun lepak dulu beli ticket flight balik Langkawi Rabu malam. Kononnya lepas balik kelas terus p airport. 

Tuptup, Isnin Cardiff inform dah dapat unconditional offer and terus agent suruh cepat2 buat Visa. Ya Allah serabut dia tuhan saja yang tahu hahahahaha. Eventho tak dapat lagi offer letter yang bebetul (just email notification) aku decide nak p je buat visa. Sbb visa akan ambil masa 5-7 working days untuk siap, nak tak nak everything kena settle cepat. guna priority kena bayar lebih RM840 ok. Total visa yang kena bayar dalam RM4k. Sebab mama support keputusan aku, haritu terus buat appointment visa untuk hari Rabu. 

Hari Rabu; Visa submission. Cara nak apply/ mohon student Visa ke UK? Click SINI.

Jadinya, aku tak sempat p kelas. Dan tak sempat nak quit and settle benda siap siap kat UiTM ke apa sebab nak ligan flight petang tu. And…. hari yang sama jugak dapat offer letter. Alhamdulillah.

Now tinggal nak book flight tix, settle accommodation and everything before fly.

Everything was last minutes kan?

Tapi aku percaya pada rezeki. Bila betul betul nak giveup, tetiba dapat email scholarship, dan urusan nak settle semua benda eventho kelam kabut dan serabut sikit tapi alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Ok lah. Till next time.

Doakan saya.

Adios.

Labels: , , , , ,



Older Post | Newer Post

Hello don't forget to leave your footprints on my tagboard below ❤

TYPO QUEEN, do like and follow me.



Wish List
Study abroad
Korea
BTS Concert
Meet BTS
BTS in Korea
Experienced 4 seasons
Paris

1 Online Users


Story About Addiction Bumblebee






This template was created by FaqihahHusni.
Doodle by Honey Pies
Best view in Google Chrome