//tentenot?
AM225 - SARJANA MUDA PENTADBIRAN KORPORAT (KEPUJIAN) FAKULTI SAINS PENTADBIRAN & PENGAJIAN POLISI UiTM : End
Wednesday, August 10, 2016 @ 9:46 PM | 0 Comments

18/07/2016

After 3 years going thru these hectic minutes and hours like finally.... END!

Haha amboi cik aten happy ye? takda la happy. well, happy lah jugak kan dh habis belajar. lepas ni dh nk start phase baru. masuk alam pekerjaan ke apa ke padahal tak sedia lg nak kerja help mesti lah excited. nanti jumpa orang baru, environment baru segala mak nenek baru aku dah la jenis bukan nak ho ha sangat dengan org tak kenal ni......................... takpa lah nevermind.

entry ni setelah taktau bertahun ke bulans tak update, terpanggil nk review course AM225 ni sebabpa? sebab ramai yang DM aku kat twitter tanya soalan best ke tak susah ke tak uitm seremban mcm mana rumah sewa senang tak cari ada jual buku tak final sem susah ke tak nnt kerja nak kerja apa kalau nk sambung nak sambung apa? dan bla bla bla

disclaimer: akak ok je nk jawab soalan adik semua sbb akak dulu pun gigih google blog lah facebook nak cari information kan. so i know the struggle tp nak jawab soalan yang sama every DM penat jugak dek non so baca sini ok?



okay lets start!

mcm mana dan kenapa aku pilih course ni? ok boleh baca sini

dah baca?

*****

ok masa 1st sem, fac still kat shah alam. so merasa la duduk shah alam makanan banyak tempat lepak banyakkkkkkkk huuuu iols dapat kolej kat situ. jadi ok lah bab accommodation, fac pun secetoik depan mata ja. nak naik bas pun tak gamak hahah best ok naik bas sebab langkawi takdak bas tong tong lagutu nasib pak sendiri ada bas heh kalau nak mai nak pakai bas boleh pm tepi (kenyit mata)

susah ke tak sem 1st tu? hmm boleh kata ok kot? sbb ramai dekan. harhar (lain sem jangan tanya) tapi budak2 zaman sekarang semua cerdik2 belaka so no worries mesti boleh 4 flat!

start 2nd sem, dah kena pindah UiTM Seremban. wahh sini banyak memori ok. nak kata tak best tu takda la nk kata best gila tu pun tak jugak. biasa biasa je kot hahah but not bad duduk seremban. dia cam tengah2(?) even dh almost 3 tahun duk situ byk tempat aku tak explore sebenarnya. muzium ke apa and aku rasa rugi.... yelah lepasni rajin ke pulak nk p sana semata nk melawat muzium. kan. eh.

masa 2nd sem ni result aku jatuh sikit. tapi total CGPA boleh maintain lg alhamdulillah. so again, no worries.

kat uitm seremban ni setahu aku dan pengalaman sendiri budak degree memang tak dapat koleh=j kalau rayuan pun kena strong taktau pasepa aku tengok banyak ja kosong so kena cari rumah sewa sendiri. and utk the next sem, kalau active join program ke apa boleh lah apply peluang nak dapat kolej tu banyak sikit. anyway kolej seremban 3 cantik ok mcm hotel bilik besaq katil 4 no double decker tandas bilik air dalam bilik sendiri ok yall tak payah berkemban jalan keluaq pagi2 sejuk nak p mandi. ok.

macam mana cari rumah sewa? hmmm aku senanye dapat rumah sewa tu melalui kwn abah. mcm mana kenal kwn abah tu takyah cerita lah kan panjang kot. masa cari rumah tu rasa buntu gila yelah dengan duduk 10-20 orang satu rumah, yang duk sikit mahal pulak, perabut pun takda rumah tak rasa rumah ceh cerewet pula last2 tetiba kawan abah ni (alled ibu and ayah) offered me this one house. depan rumah diorg je. around +- 7 mins ke UITM. fully furnish, dapat bilik sendiri pula tu T_____T selesa sangat dengan housemate semua satu kepala gila punya ok sedih jap....:( couldnt ask for more. they took care of me over these years and sangat lah baik. dah macam mak ayah sendiri. i am very grateful for that. sedih jugak lah nak tinggal rumah tu tp yelah kalau nk sambung study pun dekat shah alam so terpaksa lah pindah ><

utk uols yang nak cari rumah, boleh click sini. scroll lah mana tahu ada. takpun rajin2 lah house hunting sekitar situ. kalau nk murah dan selesa sikit kena cari outside dari seremban 3. rasanya takda bus tong tong mcm dekat shah alam so korang kena ada kenderaan sendiri utk ulang alik.

sepanjang study, aku dapat PTPTN. not dapat lah its a loan ok. kena bayar balik (for sure) yelah bukan budak first class pun T____________T overall belanja ok ja kat sana. for certain people mahal kot. bg aku yang menetap kat langkawi maybe rasa biasa sbb aku rasa kat sini harga makanan boleh tahan mahal. tomyam RM8 habaq hang mahal nak mampus kat seremban boleh dapat RM6 utk tomyam campur. tp boleh lah aku survive dgn minyak tol makan p jalan dating apa semua.

ok 3rd sem... alah nak kena cerita ke? takyah lah kot. life mcm biasa je sampai part 6. being around with good people through ups and downs. tipu lah kalau semua benda best. ada masa aku sedih sampai menangis semua sbb stress, ada masa hepi sampai tak ingat dunia. betul lah orang ckp. zaman degree ni best. bukan maksud dia best sepanjang masa seronok ja. masa ni kita boleh kenal siapa kawan, gained new experience, kenal banyak orang mahupun perangai..... hahah apa yang aku boleh cakap, its really fun to think about. i remember my birthday, first time, party kat rumah, kena prank telur dengan gegurl 3 orang tu >< second time classmates nyanyi birthday song time hari nak ambik gambar kelas sesama, again kena prank kereta penuh sticky notes... and third time depa nyanyi birthday song dalam lift and birthday time puasa, ada org tu nk surprise tp aku takda mood sbb bulan puasa. tp depa buat jugak hahaha dapat pizza cake! thank you everyone. and yes eventho muka aku ni orang cop sombong tp nak buat mcm mana muka laguni but just so yall know, I appreciate every single thing sepanjang aku kenal depa semua. i thank god for everything. surrounded by good people. alhamdulillah.

aku rasa antara semua sem, part 5 paling mencabar kot. GPA mcm nak pengsan. so utk result aku yang akan keluar esok lusa ni, AKU SANGAT NERVOUS ok. bangun pagi rasa tak tenang ok sumpah tak tipu. macam ni kot perasaan orang tggu result utk grad. siapa taknak grad first class? ok tinggi sangat kot harapan aku tu. ok lah second upper class(?) tu eh orang panggil hahah lantak lah. doakan aku ok? yes you. yang tengah baca ni. doakan tau :(((((((((

oh ye. ada junior tanya ambik course ni boleh jadi apa? well........................................... jadi company secretary lah. bukan secretary boss PA personal assistant tu tau. ni lain. jangan keliru. banyak orang salah paham course ni. kadang kalau ckp dengan orang tua yang tak berapa tahu tu depa anggap aku ni ambik degree utk jd PA boss erm lantak kome lah mls aku nak explain. ada yang kata lawyer ka? aku angguk saja HAHAH yang tanya accountant ke auditor ke hah boleh la tu lebih kurang. nak tahu lebih buat lah research sendiri takpu masuk belajar dulu baru tau. tp ada yang tanya boleh tak nak jd lawyer sbb saya nak jadi lawyer??????? hm dek, boleh kot. tp tu pun aku tak sure sbb target aku taknak jadi lawyer pun. so tak ambik tahu sangat.

time ni baru habis last paper. kak atul belakang tgk apa tuu

bye


apa plan lepas ni? kalau Allah izinkan dan ada rezeki, aku nak sambung belajar ok uols. pasal nak sambung belajar ni nnt aku buat post lain. sekarang pun selagi takda result taktau nak buat keputusan study kat mana ke apa. tapi last time aku ada lah p interview MOCA, Master of Corporate Administration sekali ICSA kat UiTM and alhamdulillah dah dapat conditional offer *padahal interview mcm adhdhfjksjskjj ni pun nnt aku buat post baru* so kena tggu result. again, doakan aku tau.

ok lah malas pulak aku nak type panjang2 ni je kot summary 3 tahun v.v so many things to blog on tp lama tak memblog tak reti lah hahah tetiba awkward nak tulis apa but anyway, good luck utk junior yang baru nk masuk belajar and good luck utk semua yang tengah tunggu result hujung minggu ni. fighting!

kalau nak tanya apa apa boleh DM lah kat twitter ka comment kat sini ka email ka ikut suka hampa lah. aku sedia menjawab insyaAllah.

bye.



ps: need to 'renovate' this belog oh malas puhlease







Older Post | Newer Post

Assalammualaikum and hello. Welcome to my blog.

TYPO QUEEN, do like and follow me.

p/s: don't forget to leave your footprints on my tagboard :*


Wish List
Study abroad
Korea
BTS Concert
Meet BTS
BTS in Korea
Experienced 4 seasons

1 Online Users


Story About Addiction Bumblebee






This template was created by FaqihahHusni.
Doodle by Honey Pies
Best view in Google Chrome